Contemporary Wear (Baju Kurung Moden)




                       Hasil carian imej untuk baju kurung moden  Imej yang berkaitan 

Dalam pada era globalisasi kini,rakyat Malaysia begitu mewah dengan fesyen terkini terutamanya bagi kaum perempuan.Definisi bagi pakaian kontemporari ialah pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini.Kombinasi rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini.

Hasil carian imej untuk baju kurung moden

Terdapat begitu banyak jenis fesyen pakaian antaranya ialah seperti jubah, baju kebaya dan baju kurung moden.Pakaian Melayu kontemporari ini sesuai untuk dipakai semasa majlis yang formal(rasmi) atau pun tidak formal(tidak rasmi).Ilustrasi rekaan pakaian terbentuk dengan pelbagai kaedah dan teknik penggayaan, cara melukis dan mewarna.Ianya bukan tertumpu sekadar melihat cantiknya rekaan fesyen tersebut.

Pakaian Kontemporari Melayu
Pakaian kontemporari Melayu ialah pakaian tradisional melayu yang telah diolah mengikut kehendak fesyen semasa. Pakaian tersebut seperti baju kurung dan baju kebaya. Sebagai contoh baju kurung tradisional mempunyai pesak, kekek dan lengan lurus tetapi kehendak aliran fesyen semasa telah mengubah ia menjadi baju kurung moden di mana ciri-ciri pakaian seperti leher teluk belanga,pesak, kekek dan lengan lurus telah diubahsuai stailnya.

                                Imej yang berkaitan

Jenis-jenis pakaian kontemporari melayu
Pakaian kontemporari melayu yang paling popular dipakai ialah baju kurung moden, baju kebaya moden dan jubah. Pakaian ini sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi tetapi sesuai juga dijadikan sebagai pakaian kasual.

PAKAIAN KONTEMPORARI MELAYU
BAJU KURUNG MODEN

                Imej yang berkaitan Imej yang berkaitan

Baju kurung telah mengalami perubahan kerana mengikut trend fesyen semasa.   Potongan badannya mengikut keselesaan si pemakai  dan tidak selonggar baju  kurung tradisional. Manakala labuhnya pula adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Leher dan lengan baju telah dipelbagaikan fesyennya. Perubahan yang ketara sekali ialah cara pemakaian kain sarungnya. Bagi memudahkan pergerakan si pemakai,kain sarung telah dipelbagaikan potongan seperti sarung berbelah di tepi, hadapan atau belakang.







Comments

Popular posts from this blog

Draping (Teknik Draping)

Casual Wear (Pakaian Kasual)

Office Wear (Pakaian Pejabat)