Draping (Teknik Draping)
Draping merupakan proses mereka bentuk
atau menghasilkan bentuk pakaian menjadi bentuk tiga dimensi.Proses draping
ini telah wujud sejak 3500 SM lagi, bermula dengan zaman Mesopotamia dan zaman Mesir Kuno. Diikuti
dengan bangsa Yunani pada suatu ketika dahulu,di mana mereka telah mereka
bentuk atau menghasilkan pakaian seperti chiton, peplos, chlamys, dan
himation.Manakala, pada zaman Rom Purba pula mereka telah mencipta suatu
pakaian yang dikenali sebagai toga dengan cara panjang kain yang membungkus
ataupun membaluti dan kemudian kain itu diikat di badan.
Draping telah menjadi kaedah paling utama
beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai
"Queen of the Drape". Koleksinya yang tersusun dan dihasilkan
menggunakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan lebih
daripada 70 meter jersi sutera. Puan Madame Grès dan pereka Amerika yang
bernama Pauline Trigere, kedua-duanya dikenali kerana reka bentuk pakaian
mereka secara langsung pada model hidup dan bukannya bentuk pakaian.Sebaliknya,
Madeleine Vionnet memilih untuk menguji reka bentuknya pada patung mannequin
kecil dan bukannya pada bentuk penuh.
KAEDAH DRAPING
Kaedah draping ialah kaedah membentuk pakaian
menggunakan fabrik muslin mahupun belacu ke atas patung mannequin atau dummy
sebelum dipindahkan ke atas kertas perang bagi melakar pola sebenar dan sebelum
fabric digunting.Fabrik yang teksturnya keras,menjadikan kaedah draping ini
sesuai bagi melembutkan dan mendapatkan jatuhan fabric yang menarik.
Dengan adanya,kaedah dan teknik draping
ini,para pereka fesyen dan pembuat pola sekaligus mampu untuk melihat kesilapan
dan masalah yang berlaku .Malah,kaedah draping ini juga dapat memberi gambaran
yang lebih jelas dengan pandangan 3 dimensi apabila dipakai.Justeru itu,para
pembuat pola dan pereka fesyen dapat memperbaiki dan mengubah semula pakaian mengikut
citarasa pereka fesyen.
Terdapat beberapa garisan asas yang terkandung
pada dressform iaitu Garisan Tengah Hadapan (CF),Garisan Tengah Belakang
(CB),Garisan bahu,Garisan Dada,Garisan pinggang,Garisan pinggul dan
lain-lain.Semua kerja menentukan garisan asas hendaklah dilakukan secara
berhati-hati bagi mengelakkan ukuran yang tidak tepat.Setelah selesai
menentukan kedudukan garis asas pada mannequin,fabric muslin iaitu belacu akan
dibuka daripada mannequin bagi dipindahkan keatas kertas bagi menyiapkan pola
pakaian.
Setiap tanda-tanda pola hendaklah dipindahkan
keatas kertas dan kemudian membetulkan semula pola pada kertas dengan mendraf
dengan betul semula.Akhir sekali pola tersebut akan digunting bagi menyiapkan
pakaian yang telah dihasilkan seperti pada kain belacu atau muslin.
Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteOver 160k men and women are hacking their diet with a simple and secret "liquids hack" to drop 2 lbs every night while they sleep.
It's easy and works on everybody.
This is how to do it yourself:
1) Hold a glass and fill it with water half glass
2) Now do this crazy hack
and become 2 lbs skinnier as soon as tomorrow!