Posts

Draping (Teknik Draping)

Image
Draping merupakan proses mereka bentuk atau menghasilkan  bentuk pakaian  menjadi bentuk tiga dimensi.Proses draping ini telah wujud sejak 3500 SM lagi, bermula dengan zaman  Mesopotamia dan zaman Mesir Kuno. Diikuti dengan bangsa Yunani pada suatu ketika dahulu,di mana mereka telah mereka bentuk atau menghasilkan pakaian seperti chiton, peplos, chlamys, dan himation.Manakala, pada zaman Rom Purba pula mereka telah mencipta suatu pakaian yang dikenali sebagai toga dengan cara panjang kain yang membungkus ataupun membaluti dan kemudian kain itu diikat di badan. Draping telah menjadi kaedah paling utama beberapa pereka terkenal yang bermula dengan Madame Grès, yang dikenali sebagai "Queen of the Drape" . Koleksinya yang tersusun dan dihasilkan menggunakan pakaian jersi sutera yang diilhamkan oleh Grecian menggunakan lebih daripada 70 meter jersi sutera. Puan Madame Grès dan pereka Amerika yang bernama Pauline Trigere, kedua-duanya dikenali kerana reka bentuk pakaian

Contemporary Wear (Baju Kurung Moden)

Image
                             D alam pada era globalisasi kini,rakyat Malaysia begitu mewah dengan fesyen terkini terutamanya bagi kaum perempuan.Definisi bagi pakaian kontemporari ialah pakaian moden yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini.Kombinasi rekaan pakaian lebih ringkas dengan gabungan ciri stail pakaian terkini. Terdapat begitu banyak jenis fesyen pakaian antaranya ialah seperti jubah, baju kebaya dan baju kurung moden.Pakaian Melayu kontemporari ini sesuai untuk dipakai semasa majlis yang formal(rasmi) atau pun tidak formal(tidak rasmi).Ilustrasi rekaan pakaian terbentuk dengan pelbagai kaedah dan teknik penggayaan, cara melukis dan mewarna.Ianya bukan tertumpu sekadar melihat cantiknya rekaan fesyen tersebut . Pakaian Kontemporari Melayu Pakaian kontemporari Melayu ialah pakaian tradisional melayu yang telah diolah mengikut kehendak fesyen semasa. Pakaian tersebut seperti baju kurung dan baju kebaya. Sebagai contoh baju kurung tradisional

Office Wear (Pakaian Pejabat)

Image
Kemeja merupakan sehelai pakaian atas. Pakaian ini mula dipakai sejak pada tahun 1860. Pada asalnya , kemeja dipakai oleh kaum lelaki. Kini pakaian ini merupakan pakaian unisex dan dipakai oleh kedua – dua jantina. Kemeja ini boleh digaya dan dipadankansebagai pakaian formal.Sebagai contoh , pakaian ke pejabat dan juga sebagai pakaian kasual. Pakaian kemeja ini amat sesuai sekiranya dipadankan dengan skirt, skirt berseluar dan juga seluar slek Antara maklumat penting yang berkaitan dengan kemeja ialah , kemeja perempuan adalah blaus yang longgar dan labuh.Malah , garis stail kemeja boleh dipelbagaikan dengan penyesuaian lengan, garis bentuk luar yang lebih sendat dan panjang kemeja yang lebih pendek. Kemeja juga boleh dihias dengan trimin atau pun penghilang gelembung yang sesuai. Ukuran yang diperlukan untuk mendraf pola kemeja ialah labuh kemeja, labuh lengan dan lebar kaf.Bukan itu sahaja , malah ukuran pada pola asas yang biasa digunakan juga diperlukan bagi me

Casual Wear (Pakaian Kasual)

Image
Pada umumnya , pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan pakaian yang dipakai setiap hari untuk  bersantai .Seterusnya, pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.Pakaian kasual juga biasanya berpenampilan kemas dan selesa.  Pakaian kasual juga sesuai dengan mana-mana jenis fabrik untuk dijadikan pakaian kasual.Pakaian kasual ini lebih menekankan suasana yang nyaman dan sifat peribadi seseorang itu.Pakaian kasual telah wujud sejak tahun 80-an zaman ketika dahulu. Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan manakala pada abad ke-19 bagi kaum wanita.Slek boleh diapdankan dengan kemeja,blaus ,jaket dan juga blazer.Terdapat pelbagai garis stail slek seperti sama sendat,palazo,baggy,clown,pensel,oxford dan banyak lagi.                                                   Manakala baju blaus adalah pakaian atas yang longgar yang dahulu dipakai oleh pekerja, petani, artis, wanita, dan