Office Wear (Pakaian Pejabat)



Kemeja merupakan sehelai pakaian atas. Pakaian ini mula dipakai sejak pada tahun 1860. Pada asalnya , kemeja dipakai oleh kaum lelaki. Kini pakaian ini merupakan pakaian unisex dan dipakai oleh kedua – dua jantina. Kemeja ini boleh digaya dan dipadankansebagai pakaian formal.Sebagai contoh , pakaian ke pejabat dan juga sebagai pakaian kasual. Pakaian kemeja ini amat sesuai sekiranya dipadankan dengan skirt, skirt berseluar dan juga seluar slek




Antara maklumat penting yang berkaitan dengan kemeja ialah , kemeja perempuan adalah blaus yang longgar dan labuh.Malah , garis stail kemeja boleh dipelbagaikan dengan penyesuaian lengan, garis bentuk luar yang lebih sendat dan panjang kemeja yang lebih pendek. Kemeja juga boleh dihias dengan trimin atau pun penghilang gelembung yang sesuai.Ukuran yang diperlukan untuk mendraf pola kemeja ialah labuh kemeja, labuh lengan dan lebar kaf.Bukan itu sahaja , malah ukuran pada pola asas yang biasa digunakan juga diperlukan bagi mendraf pola kemeja.


Tambahan,pakaian pejabat biasanya digayakan dengan seluar mahupun digayakan dengan pelbagai jenis skirt.Sebagai contoh,skirt A line,skirt duyung,skirt pensel,skirt godet dan lain-lain.Skirt adalah bahagian bawah pakaian atau gaun,  dari pinggang ke bawah, atau pakaian luar yang berasingan.Hemline skirt  berbeza-beza  dan boleh berbeza mengikut konsep budaya kesopanan dan estetika serta rasa peribadi pemakai, yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti fesyen dan konteks sosial. Kebanyakan skirt adalah pakaian yang berdiri sendiri, tetapi beberapa panel yang kelihatan skirt mungkin menjadi sebahagian daripada pakaian lain.

Comments

Popular posts from this blog

Draping (Teknik Draping)

Casual Wear (Pakaian Kasual)